Jenis-jenis Ion Ion

  • Anion adalah ion negatif yang terbentuk apabila satu-satu atom menerima satu atau lebih elektron dalam satu proses kimia. Anion bercas negatif kerana bilangan proton dalam nukleusnya kurang berbanding bilangan elektron.
  • Kation adalah ion bercas positif yang terbentuk apabila satu-satu atom menyingkirkan elektron dalam satu proses kimia. Kation berlawanan dengan anion kerana bilangan elektronnya yang kurang berbanding proton.
  • Dianion: dianion adalah sejenis spesis ion yang mempunyai dua cas negatif dalam satu molekul seperti pentalena dan azulena.
  • Ion radikal: ion radikal adalah ion yang mempunyai elektron dengan bilangan ganjil. Seringkali ion radikal tidak stabil dan amat reaktif.

Plasma

Rencana utama: Plasma (fizik)

Plasma seringkali dikatakan sebagai keadaan jirim keempat kerana sifatnya tidak menyerupai ketiga-tiga jirim pepejal, cecair dan gas. Plasma merupakan sekumpulan ion yang tidak akueus atau kadang kala gas dengan sebahagian partikel bercas. Plasma astrofizik mengandungi campuran elektron dan proton, dan merupakan 99.9% jasad yang boleh dilihat di langit.[1]